HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Disember 2019

Anwar Buat Hal Lagi... Entahlah. Tanda PH nak mampus



Presiden PKR Anwar Ibrahim dituduh melakukan 'salah laku seksual' oleh bekas kakitangannya, hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas penyelidik Anwar, Muhammad Yusuff Rawther dalam akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 Novermber yang lalu.

Akuan bersumpah yang didakwa itu dikeluarkan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Melaka esok.Setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam maklum balasnya mendakwa akuan bersumpah yang dibuat Yusuff didalangi oleh Badrul Hisham Saharin, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam satu usaha lemah "untuk mencemarkan imej parti oleh seorang bekas ahli yang meroyan kerana tidak diendahkan."


Dato’ Seri Anwar Ibrahim (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anwar”) didakwa telah mencabul kehormatan cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, menerusi serangan berbentuk fizikal dan seksual.

Menerusi satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Muhammed Yusoff Rawther (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Yusoff”) mendakwa telah diarahkan oleh setiausaha Anwar, Sukri Saad, untuk berjumpa Anwar di kediamannya di Bukit Segambut sebelum diperlakukan dengan cara tidak senonoh.



Yusoff mendakwa telah dijemput oleh Anwar secara peribadi untuk bekerja dengannya ketika Anwar menziarahi datuk Yusoff, Mohamed Idris, di Pulau Pinang pada 2hb September 2018.

Sebelum ini, pada 19hb September 2019, Yusoff memfailkan saman terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, atas dakwaan menumbuk beliau (Yusoff) berulang kali tanpa sebab di ofis Bukit Gasing Anwar.

Yusuff mendedahkan akuan bersumpahnya pada hari ini semasa "sidang akhbar" di lokasi yang tidak diketahui. Terdapat hanya satu mikrofon dan satu peranti rakaman audio di hadapannya.

Halaman Facebook yang baru dibuat dengan rakaman video lapan minit "sidang akhbar" kemudian dikongsi kepada pihak media.

Dalam video itu, Yusuff mengadu laporan polisnya terhadap Farhash sebelum ini yang menuduh Farhash menyerangnya pada 16 Mei di pejabat Anwar di Petaling Jaya, telah diabaikan.

Menurut akuan bersumpah yang dikatakan itu, yang turut disiarkan di laman Facebook, Yusuff mendakwa menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Yusuff mendakwa kejadian tersebut berlaku pada hari kelima kempen PRK Port Dickson. Anwar ketika itu calon PH dan kemudiannya memenangi pilihan raya kecil parlimen itu.


Dalam video itu, Yusuff berkata dia telah memberitahu kepada Badrul Hisham yang mencadangkan bahawa dia merekodkan pengalamannya di dalam dokumen akuan sumpah.

Yusuff juga menggambarkan Anwar sebagai "kenalan keluarganya" dalam video itu.

MR :  Minta polis siasat betul-betul untuk menghilang kekeliruan dikalangan rakyat

Tiada ulasan: