HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Disember 2019

Bila ayah dibunuh komunis dan ibu, adik maut kemalangan…

Syahril A. Kadir

12745913_10153929083478050_1581807786945754459_n-1


INI kisah sedih Mohd. Hazeem Shah Zainal.

Beliau adalah anak kepada seorang pegawai kanan tentera, Mejar Zainal Rashid yang gugur ketika berjuang dalam Operasi Gubir pada 15 Julai 1976.

Kisah bermula bila Mejar Zainal dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah.

Setelah berjaya membunuh dua pengganas komunis, Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya terus berjuang.

zainal-r

Ketika itulah seorang pengganas wanita yang tercedera dalam pertempuran tadi telah membaling sebutir grenad (bom tangan) ke arahnya. Zainal meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di tubuhnya

Namun dalam insiden berbalas tembak itu, kumpulan yang dipimpin oleh Zainal telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain.

Zainal dikurniakan pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 1 Jun 1977.

Setelah kematian Zainal, tinggallah isterinya, Puan Azizah Ismail bersama dua anak kecil mereka, Mohd Hazem Shah dan Nurulaini.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tidak sampai setahun kemudian, Azizah dan Nurulaini pula meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Segamat, Johor.

PERAK-TODAY-5-3-1

Maka tinggallah Mohd Hazem, yang baru berusia tiga tahun ketika itu sebagai anak yatim piatu. Dia kemudian dibela oleh datuknya.

Namun semua insiden ini tidak mematahkan semangat Hazem untuk cemerlang dalam pelajarannya hingga berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja. Kini Hazem yang berusia dalam lingkungan 40-an merupakan seorang ahli perniagaan.

Tidak semua orang mendapat dugaan yang cukup berat seperti mana Hazeem. Ayah dibunuh komunis, kemudian kematian ibu dan adik menyusul dalam malapetaka.

Cuba bayangkan perasaan Hazem di kala terdapat percubaan untuk mengangkat perjuangan komunis ketika ini. Cuba letakkan kedudukan kita di tempatnya. Hilang ayah kerana dibunuh kejam disusuli hilang pula ibu dan adik tercinta hingga terpaksa menumpang kasih dengan datuk dan nenek.

44597683_10213942384728501_2031658589164142592_o

Masihkah kita merasakan kisah komunis ini ‘remeh’ hingga sanggup ‘bertolak ansur’ dengan Chin Peng hanya kerana perkara ini telah lama berlaku dan hanya kerana dia telah menjadi abu?

Memaafkan mungkin, melupakan tidak sekali.

Memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang John F. Kennedy:

“Forgive your enemies, but never forget their names.”

Saya akhiri artikel ini dengan satu ciapan dari akaun Twitter Hilal Asyraf. Menarik untuk kita fikirkan. Dan untuk kita renungkan.

79217221_2234013853574467_6934878625342685184_o


Tiada ulasan: