HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Disember 2019

DAP akan terus kritik Sosma, kata Ramkarpal

Pakatan Harapan menentang sosma sebelum PRU-14, kata ahli 
Parlimen Bukit Gelugor.

PETALING JAYA: Ramkarpal Singh mempertahankannya pimpinan partinya selepas seorang peguam mencadangkan komen-komen mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma tidak membantu imej kerajaan yang mahu menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata Haniff Khatri Abdulla sewajarnya menegur kegagalan gabungan pemerintah memenuhi janji memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu dalam Sosma.

Ramkarpal, peguam yang mewakili 2 wakil rakyat DAP yang ditahan bawah Sosma dalam kes berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam, menyifatkan undang-undang itu drakonian.

Beliau berkata Sosma membolehkan penahanan reman seorang tertuduh berterusan sehingga rayuannya tamat di Mahkamah Persekutuan.

Ramkarpal berkata Haniff, sebagai seorang peguam, tahu akan hal itu.

“Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, P Ramasamy dan saya akan terus mengkritik Sosma.

“Jika Pakatan Harapan menentang Sosma sebelum pilihan raya umum ke-14, saya tidak nampak kenapa ia tidak menentangnya sekarang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Haniff berkata komen-komen pemimpin DAP terhadap siasatan polis berhubung kes LTTE, yang menyaksikan 3 ahli parti itu ditahan bawah Sosma, memberi gambaran kerajaan cuba mengganggu siasatan.

Haniff berkata manifesto pilihan raya Pakatan Harapan tidak pernah berjanji memansuhkan Sosma, hanya berjanji meminda undang-undang itu seperti berkenaan jaminan.

Ramkarpal berkata kenyataan Haniff menunjukkan peguam itu tidak betul-betul tahu tentang janji-janji PH sebelum ia mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

Tiada ulasan: