MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 21 Disember 2019
Habis kedai tomyam tutup, Dr M seloroh gaji penjawat awam RM1,800
Mohamad FadliPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh
menjawab pertanyaan pemberita mengenai gaji minimum, sehari selepas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
mencadangkan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam.
“Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh
bayar gaji,” katanya ringkas ketika ditemui di Persidangan Kemuncak
Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Semalam, presiden baru Cuepacs, Adnan Mat cadangan itu pernah
dibangkitkan kepada Mahathir sebelum ini dan mahu pastikan pelaksanaan
gaji minimum penjawat awam dapat direalisasikan menjelang 2022.
Katanya, Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.
“Kajian Cuepacs menunjukkan keperluan seorang rakyat perlukan wang
minimum RM2,600. Begitu juga kajian Bank Negara sebanyak RM2,700
manakala kajian oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak
RM2,680,” katanya.
Kementerian Sumber Manusia kelmarin mengumumkan kadar gaji minimum di
bandar-bandar utama bawah pentadbiran 57 majlis bandaraya dan majlis
perbandaran akan dinaikkan kepada RM1,200 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan
2020.
Bandaraya utama yang terlibat ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri,
Alor Setar, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam,
Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri,
Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur.
Manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat,
Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota
Bharu.
Turut tersenarai Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai,
Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala
Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang,
Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota
Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan