HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Disember 2019

Isytihar harta? Tiada komen, kata anak Taib Mahmud

BERITA
515
SHARES

MALAYSIAKINI




Anggota Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib, iaitu anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau telah mengisytiharkan harta seperti yang dikehendaki Dewan Rakyat.

Hanifah ditemui oleh wartawan di acara Nursing Lions Home Annual Charity Food Fair 2019 semalam, lapor Borneo Post.

"Tiada komen," katanya ringkas.

Untuk rekod, parlimen menetapkan 5 Dis lalu sebagai tarikh akhir bagi anggota parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Mereka diwajibkan membuat perisytiharan harta selepas parlimen meluluskan usul mengenai perkara itu melalui undian suara pada 1 Julai.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof, 160 anggota parlimen telah mematuhi usul berkenaan, termasuk tiga anggota parlimen Umno dan 15 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anggota parlimen yang gagal berbuat demikian pula adalah seramai 38 orang dari BN (termasuk 36 dari Umno dan masing-masing satu dari MCA dan MIC), 18 dari PAS, tiga daripada GPS, seorang daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah dan dua anggota parlimen bebas.


Tiada ulasan: