
Majlis pertukaran MOU tersebut diadakan sempena KL Summit 2019 itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya hari ini.
KOP Mantap dalam kenyataan berkata, menerusi perjanjian itu sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama bakal dibangunkan di negara ini.
Katanya, ia akan dilaksanakan melalui pertukaran teknologi daripada TISASTRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn Bhd.
Projek berkenaan bertujuan memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.
Selain itu, kata KOP Mantap lagi, projek terbabit juga menyasarkan menembusi pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.
KOP Mantap Berhad juga katanya, akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri tersebut. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan