Kecewa dengan isu susu pisang, Neelofa menganggap hal itu
berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu
menjatuhkan bangsa sendiri.
"Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.
"Saya rasa banyak lagi produk di luar yang tak menepati piawaian tapi hanya kerana saya ada nama dalam industri dibuat begini.
Menurutnya, dia juga berasa kecewa dan terkilan apabila banyak pihak menokok tambah isu berkenaan.
"Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial produk jenama Nilofa itu didakwa antaranya mampu mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya hari ini memberi amaran semua penjual atau ejen-ejen produk makanan agar menghentikan pengiklanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
KKM memandang serius penjualan dan pengiklanan produk susu pisang yang membuat akuan dilarang di media sosial dan media cetak.
Tiada tindakan diambil KKM
"KKM sudah membuat penelitian ke atas produk selain memeriksa kilang baru-baru ini.
"Mereka datang kilang untuk menyiasat dan teliti segala-galanya. Mereka tak boleh ambil apa-apa tindakan sebabnya pada kotak atau label produk kami tak ada membuat dakwaan apa-apa tentang kesihatan atau khasiat yang boleh merawat obesiti dan sebagainya.
"Cuma kami perlu memperkemaskan aspek pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang," katanya.
Maklumat pada risalah
“Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain.
“Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tak diedarkan.
“Fokus saya (untuk produk) bukan untuk membantu atau merawat. Kami memberi tumpuan pada produk gaya hidup," katanya yang akan memastikan segala kenyataan berkenaan produk akan diperketat selepas ini.
Berkenaan kandungan gula, Neelofa berkata, dia mengalu-alukan pihak yang mempertikai untuk membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain.
"Saya nak minta siapa yang pertikaikan beli susu di luar sana bandingkan dengan (susu) Nilofa.
"Setakat ni antara susu pisang jenama lain di Malaysia kami punya kandungan paling rendah iaitu 9.5 gram berbanding lain yang kebanyakannya adalah 10 dan 11 gram," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan