
Perluasan persidangan itu bertujuan menggabungkan pelbagai kaum bagi meningkatkan kesedaran mengenai pendirian pertubuhan berkenaan mengenai pelajaran pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Sementara itu, Sinchew Daily
melaporkan, walaupun banyak lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan
guru (PIBG) tidak setuju dengan garis panduan yang dikeluarkan
Kementerian Pendidikan, tetapi mereka tetap akan mengedarkan dokumen
soal selidik seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti sama ada ibu
bapa mahu pelajaran pengenalan Jawi dijalankan.
Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Persatuan lembaga pengelola peringkat negeri juga diminta bermesyuarat atau bersidang bagi membantah perkara tersebut.
Persatuan berkenaan juga diminta mengumpulkan tandatangan dan tanda cop lembaga pengelola dan PIBG sekolah sebagai tanda bantahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan