KUALA LUMPUR – Pembangunan ekonomi Malaysia dijangka meningkat selewat-lewatnya menjelang Jun tahun ini, sekali gus membolehkan kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada 4.8 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan kekal optimis walaupun kalangan ahli ekonomi dan Bank Dunia telah bertindak menyemak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding unjuran awal pada 4.6 peratus.
Mengulas selanjutnya, Lim berkata terdapat beberapa kementerian yang mengagihkan peruntukan perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2019 pada Mei atau Jun walaupun wang telah dikeluarkan pada Januari.
“(Susulan itu) tender hanya boleh dijalankan pada September atau Oktober manakala tawaran hanya dibuat pada dua bulan atau tiga bulan kemudian. Oleh itu, kerja-kerja hanya boleh dimulakan pada akhir tahun ini ataupun tahun depan.
“Berikutan itu, tiada masalah bagi perbelanjaan pembangunan pada 2019
membabitkan projek-projek yang sedang berlangsung tetapi bagi projek
baharu, ia akan dibawa ke tahun hadapan dan ditambah dengan belanjawan
(pembangunan baharu) bagi 2020,” katanya.
Lim berkata, ekonomi Malaysia juga dijangka rancak dan mendapat rangsangan sekiranya perang perdagangan Washington-Beijing dapat diselesaikan.
Ini sejajar status negara ini sebagai ekonomi pengeksport dan sebarang penyelesaian perbalahan perdagangan membabitkan dua kuasa besar ekonomi itu mampu memberi manfaat kepada Malaysia.

“Mahu tidak mahu, kita (sentiasa) dipengaruhi oleh keadaan atau
suasana perdagangan (luaran). Oleh itu, apabila kita lihat prospek
pertumbuhan perdagangan sedunia hanya 1.2 peratus iaitu kadar paling
rendah dalam 10 tahun, kita menjangkakan untuk mencapai pertumbuhan KDNK
pada 4.7 peratus.
“Bagi tahun 2020 pula, prospek pertumbuhan perdagangan dunia dijangka meningkat kepada tiga peratus. Sehubungan itu, kita yakin unjuran 4.8 peratus dapat dicapai dan melihat pertumbuhan lebih tinggi sekiranya perang perdagangan AS-China dapat diselesaikan,” katanya.— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan