KUALA LUMPUR – Siswa UMNO akan
ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda untuk meneruskan inisiatif menarik
lebih ramai generasi muda menyertai parti itu.
Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki penubuhan Siswa UMNO selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang membolehkan parti politik ditubuhkan di Universiti Awam (UA).
Tambah beliau, penyertaan ramai
mahasiswa bersama Pemuda UMNO juga merupakan salah satu faktor dan bukti
generasi muda setia kepada perjuangan parti itu.
“Walaupun belum diumum secara rasmi oleh
Presiden tetapi kehadiran mahasiwa-mahasiwa yang ramai pada hari ini
membuktikan bahawa mereka setia memilih wajah UMNO.
“Sebab itulah kita setuju tubuhkan satu
platform baharu yang akan kita gerakkan ke seluruh universiti mengambil
pindaan bagi memboleh parti politik ditubuhkan di universiti,” katanya
ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Tengah Hari Pemuda UMNO
Bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tun Razak.
Siswa UMNO itu menurut Asyraf, akan diumum dan dirasmikan oleh Ahmad Zahid. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan