HARAKAHDAILY
JAWAPAN tegas oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul
Hadi Awang (TGHH) pada pidato Bicara Ini Demi Perpaduan malam tadi
bahawa urusan Negeri Sarawak diserahkan kepada orang Sarawak untuk
mengurusnya merupakan signal awal bahawa PAS sangat menghormati
keputusan rakyat. Pidato tersebut diadakan di ibu negara oleh salah
sebuah media nasional.
PAS di Sarawak menyambut baik saranan
tersebut supaya tiada mana-mana pihak mengeksploitasi keputusan rakyat
seperti merosakkan pentadbiran kerajaan demi menjadi Perdana Menteri.
Menjadi kerajaan atau merampasnya dari pintu belakang juga bukan cara
PAS. Islam melarang pencabulan hak berbanding idealogi nafsu manusia
yang melakukan sesuatu tanpa dipandu oleh hukum dan undang- undang. Kita
juga turut kasihan melihat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Sarawak
yang tidak berupaya membawa hak Sarawak dan sering kalah dengan ‘Tuan’
mereka dalam Kerajaan Persekutuan.
PAS Sarawak mempunyai rekod
penyokong tegar dan kuat di Dun Beting Maro. Keputusan undi meningkat
serta tidak hilang deposit merupakan kehendak dan pilihan rakyat di situ
untuk memilih PAS. Secara zahirnya, biarpun kini PAS Sarawak ‘mesra’
bersama Kerajaan Negeri dan hubungan baik antara ahli Parlimen
masing-masing, PAS Sarawak tidak melihat suara kebangkitan rakyat Beting
Maro khususnya diabaikan. Sudah pasti jika PAS mendapat kerusi
tersebut, akan menjadi penyeimbang kepada penggubal polisi di peringkat
negeri.
PAS sangat menitik berat soal perpaduan yang mana
menjadi asas kepada kestabilan negeri ini. Perpaduan antara kaum dan
agama ini juga tuntutan Islam sepertimana Islam merupakan agama
pendamai. Soal PAS hanya sesuai di Kelantan tidak timbul. Malah kerana
relevannya PAS sebagai parti politik nasional telah berjaya menempatkan
dirinya di seluruh negeri berbanding parti-parti lain yang hanya
bertumpu di negeri atau kaum sendiri sahaja. Tidak timbul juga
ketakutan rakyat Sarawak kepada PAS. Ketakutan dan fobia ini diambil
kesempatan oleh musuh politik PAS dengan memberi gambaran dan persepsi
jahat seolah-olah Islam tidak bertamadun. Malah rakyat perlu sedar
bahawa tidak ada tamadun yang berasaskan idealogi manusia yang berjaya
dan semuanya menjunamkan manusia ke lembah kebinasaan seperti Liberal
Sosialis dan Komunis.
Mengukur kejayaan hanya berdasarkan wang
ringgit juga satu kesilapan. Hong Kong yang berbangga mereka bangsa
maju kini sudah mula hancur kerana idealogi mereka. Sarawak memerlukan
kepimpinan yang berteraskan nilai kemanusiaan dan pentadbiran yang
sejagat, tidak menindas, tidak asyik menimbulkan sangsi seperti PH serta
bersederhana seperti Kelantan dan Terengganu. Usaha gigih PAS tidak
akan terhenti hanya pada musim pilihan raya. Kita turut memberi bantuan,
sokongan kepada mana-mana pihak demi mencapai maksud kemakmuran dan
perpaduan. Sokongan dan komitmen ini jelas seperti memberi laluan kepada
calon Cina di Tg. Piai, memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak dalam
mempertahankan hak negeri serta kuat bersuara di Parlimen sesuai dengan
peranannya.
ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan