Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Azman Adnan
berkata Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 murid
diikuti Kulai (15), Tangkak (enam), Kluang (lima), Muar (lima), Batu
Pahat (satu) dan Pontian (satu).
Bagaimanapun, Azman berkata tiada penutupan kelas atau sekolah setakat ini.
“Persekolahan berjalan seperti biasa. Bagi satu atau dua kes perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) sekolah iaitu buat pembersihan kelas.

“Surat pekeliling mengenai isu berkenaan juga telah diedar dan kita juga sentiasa menunggu laporan terkini daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mengenai keadaan murid.
“Malah kita juga memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan untuk mengesan murid yang demam,” katanya.
Azman berkata murid atau warga sekolah yang mempunyai simptom influenza juga tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
“Sekiranya mereka hadir, perlu dibawa pulang dan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital terdekat. Jika tidak, mereka akan diasingkan di dalam bilik khas atau bilik sakit.
“Begitu juga murid-murid yang tinggal di asrama atau di sekolah berasrama penuh, mereka juga akan diasingkan daripada penghuni asrama yang lain sehingga mereka sembuh sepenuhnya,” katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan