Hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
untuk mewujudkan kawasan khas merokok dibuat dengan mengambil kira
tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang.
"Kita ada sektor (rakyat) yang jaga kesihatan, ada sektor yang nak merokok.
"Jadi kita harus menyantuni golongan ini (perokok), berikan mereka kemudahan tempat merokok," katanya kepada media selepas melawat Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia di Kampung Sireh, Kota Bharu, hari ini.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar, yang terlibat bersama 50 NGO itu berkata, langkah KPKT jelas bertentangan dengan usaha Kementerian Kesihatan yang mewartakan tempat-tempat awam sebagai kawasan larangan merokok.
Menurut Zainal, langkah KPKT itu juga seolah-olah memberikan gambaran merokok adalah satu budaya dan boleh diterima masyarakat.
Terdahulu,
Zuraida dilaporkan memberi kebenaran kepada pemilik restoran atau kedai
makan, sama ada milik persendirian atau pihak berkuasa tempatan (PBT),
menyediakan kawasan khas merokok di luar premis dengan jarak
sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.
Sementara itu Zuraida berkata, apa yang jadi isu kepada KPKT adalah apabila golongan perokok membuang puntung rokok merata-rata.
"Apa yang menjadi isu kepada kita mereka merokok dan bersepah puntung-puntung rokok. Ia jadi tanggungjawab KPKT.
"Ini sebagai sokongan kepada polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Reaksi saya kepada mereka (NGO), kita tak ambil kisah sangat. Kita sebagai kerajaan harus menjalankan tanggungjawab masing-masing," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan