HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Januari 2020

Anwar tak maafkan Yusoff


Norlaile Abd Rahman


MG080120_ANWAR-IBRAHIM10
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim foto SYAFIQ AMBAK,


KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang telah menuduh beliau melakukan serangan seksual.

“Meskipun dakwaan yang sah perlu disiasat mengikut proses yang sepatutnya namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan menghina terhadap saya.

“Dengan itu, bagi memastikan keadilan dan akauntabiliti dipelihara, saman sivil yang telah difailkan sebelum ini akan diteruskan,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Anwar turut berterima kasih terhadap pihak berkuasa kerana menjalankan tugas secara profesional.

“Saya telah membaca kenyataan daripada Peguam Cara Negara (Datuk) Engku Nor Faizah Engku Atek. Saya mengalu-alukan keputusan AGC untuk menutup perkara ini.

“Saya berterima kasih di atas profesionalisme mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Nor Faiza dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bersetuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya dakwaan kes serangan mencabul kehormatan yang dibuat Muhammad Yusoff Rawther terhadap seorang ahli politik ditutup.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas kajian secara berhati-hati terhadap semua keterangan yang diterima dalam Kertas Siasatan yang diterima daripada PDRM.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: