Ustaz Mohd Azizee Hasan
Ke tepi silibus sejarah KPM, tolak sistem pembelajaran aliran perdana

HARI
ini saya menjejaki bangunan Dong Zong bersama beberapa pimpinan tertinggi iGuru
untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Dong Zong berhubung polemik
tulisan jawi.
iGuru
diwakili saya bersama Ustaz Agus Lokman, Timbalan Presiden dan Dr. Sharifah
Hanum Syed Sahuri. Manakala, pihak Dong Zong diwakili Encik Ng Chai Heng selaku
Setiausaha Agung dan Encik Yap Heng Lung, Eksekutif Projek Silang Etnik dan
Budaya.
Meskipun
di permulaan diskusi agak tenang tetapi, ia menjadi semakin panas ketika
membahaskan isu sekolah satu aliran dan polemik tulisan jawi. Pihak Dong Zong
tegar menolak pembelajaran jawi di tahun 4, SJKC dan SJKT dan berkeras supaya
hal keputusan pembelajaran tulisan jawi di serahkan kepada Lembaga Pengelola
Sekolah bukan pihak PIBG , ibu bapa dan murid- murid.
Pihak
iGuru telah menjelaskan pendirian tegas membantah tindakan Dong Zong yang cuba
mencabar kedudukan bahasa Melayu dan menyeru untuk menghormati apa yang
termaktub di dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.
Kesimpulan
yang dapat difahami ialah ;
1. Dong Zong melihat naratif pendidikan melalui kacamata perspektif “kecinaan” dan menganggap kewujudan sekolah-sekolah Cina sudah lama bertapak dan British mengiyakan perkara tersebut.
2.
Dong Zong menolak konsep sekolah satu aliran dan memperjuangkan konsep multi
language. Ini bererti pihak Dong Zong akan terus berjuang untuk pengekalan
sekolah vernakular. Sehingga kini terdapat 80 buah sekolah SMPC.
3.
Perjuangan Dong Zong merentasi parti dan meletakkan identiti, bahasa dan budaya
mesti dipelihara melalui pendidikan. Justeru badan yang paling berkuasa ialah
Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Sebarang keputusan pihak KPM tanpa mengambil
kira perbincangan LPS akan membawa konflik antara dua pihak.
4.
Dong Zong menganggap pembelajaran jawi adalah satu bentuk islamisasi. Ia turut
disokong pihak kaum India yang mendakwa ramai anak india memeluk islam
disebabkan belajar tulisan jawi walaupun ini hanya tuduhan tidak berasas.
5.
Dong Zong konsisten menzahirkan sikap rasis dalam memperjuangkan pendidikan
Cina. Oleh itu, kakitangan dan staf adalah mereka di ambil dari mereka yang
boleh bercakap bahasa Cina.
6.
Dong Zong tidak menggunakan silibus sejarah yang ditetapkan pihak KPM. Mereka
menggubal kurikulum sejarah menurut perspektif sendiri dan memasukkan lebih
banyak kandungan berkaitan sejarah dunia berbanding sejarah Malaysia. Mereka
melihat penulisan sejarah negara dimanipulasi orang politik. Hakikatnya, mereka
gagal memahami sejarah negara dengan tepat dan betul.
7.
Dong Zong kekal ekstrim dan bersifat cauvinis dalam mempertahankan pendidikan
kaum Cina meskipun berdepan ugutan mana-mana pihak termasuk kerajaan yang
memerintah. Bagi mereka kepentingan kaum itu adalah mempertahankan identiti dan
bahasa mereka. Oleh itu mereka akan all out untuk hal tersebut dari
sudut kewangan dan fasiliti.
8.
Dong Zong menganggap sistem pendidikan sedia ada hanya mementingkan satu
kelompok sahaja iaitu mereka yang belajar di SK manakala murid-murid di SJKC
dan SJKT dipinggirkan atau berlaku diskriminasi. Sebenarnya, pihak Dong Zong
menolak untuk menerima sistem pendidikan aliran perdana.
Semoga
rumusan ini adalah permulaan mengkaji lebih mendalam sistem pendidikan kelolaan
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.
iGuru
akan terus memberanikan diri, berdepan dengan pihak Dong Zong secara lebih
berdepan dalam mempertahankan kepentingan nasional.
*Ustaz Mohd Azizee Hasan, Pengerusi Ikatan Guru Muslim Malaysia
(I-Guru)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan