HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Januari 2020

Masa ini akan ada akhirnya atau penamatnya...


 Tok Guru Nik Aziz dalam menghuraikan ayat pertama Surah Al Asr yang bermula dengan Tuhan bersumpah dengan masa.

 Kata Tok Guru, masa ini akan ada akhirnya atau penamatnya. Dunia penamatnya adalah kiamat. Manusia penamatnya mati. Makanan penamatnya basi. Besi penamatnya karat.

Sama lah juga yang berjawatan baik menteri, timbalan menteri, Perdana Menteri, hatta raja raja sekalipun akan tiba masa berakhir mereka yang tidak tahu bila.

 Jangan bimbang dan jangan terlalu seronok kerana semua benda dan semua orang khususnya yang berkuasa akan tiba masa akhir mereka.

Pokoknya bagaimana kita gunakan masa tersebut sebelum tiba penamatnya. Tidak semestinya mulia dengan berjawatan dan tidak semestinya hina apabila tidak berjawatan.

Terima kasih Dr Maszlee. Walau singkat, ada jasa yang ditinggalkan.

Saksi sejarah bukan pengadil sejarah. Sejarah akan diadili generasi mendatang.

 Berbaki yang masih berjawatan, gunakan sebaiknya kerana akan tiba waktu akhirnya semua jawatan, kedudukan dan kuasa tersebut.

Muhasabah buat diri kita utamanya.
 
 

Tiada ulasan: