HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Januari 2020

Pasangan 'hampeh'...

Noor Hidayah Tanzizi
 
 

DUA individu termasuk seorang wanita sedang dicari polis selepas dipercayai mencuri barangan milik Masjid Al Falah, Ayer Tawar di Manjung, semalam.

Dalam kejadian pada 1.15 pagi itu, mereka melarikan beberapa barang seperti televisyen, kamera litar tertutup (CCTV), kotak kipas dan penyedut hampagas.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kecurian itu pada 6.30 petang.

Menurutnya, suspek dipercayai mengambil kesempatan masuk ke dalam masjid melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melarikan barangan terbabit.

"Hasil daripada rakaman CCTV mendapati masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an menaiki sebuah masuk ke dalam masjid dan mengambil barangan.

"Beberapa barangan masjid dicuri membabitkan kerugian kira-kira RM2,000," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis kini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kedua-dua suspek terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan jenayah curi dalam bangunan," katanya.

Tiada ulasan: