HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Januari 2020

PH harus terima kekalahan, menangi semula hati rakyat, kata Anwar

Muhammad Azizul Osman
MGF11012020_ANWAR-IBRAHIM-FORUM-ISLAM-DAN-TAMADUN20200111_0035
Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu menerima kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, demikian menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Anwar berkata mana-mana pihak tidak seharusnya dipersalahkan dengan kekalahan itu, namun harus terus berusaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia semula.

“Saya tidak fikir salah siapa, dan tindakan harus diambil. Kalau tidak dapat terima kenyataan ini, sangat parah kerana nampaknya sudah menyeluruh ke seluruh negara.

“Tentunya ada kesan kerana bila masalah berbangkit, bukan sahaja tanggungjawab Tun Dr Mahathir sudah jadi tanggungjawab saya dan pimpinan PH untuk memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat,” katanya ketika ditemui dalam satu acara di Port Dickson, sebentar tadi.

Kerusi Parlimen Kimanis kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) apabila calonnya Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi berbanding Karim yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.

Untuk rekod, jumlah majoriti itu meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi di mana ketika itu kerusi Kimanis dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar itu. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: