HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Januari 2020

Tol: Khazanah bincang langkah seterusnya dengan kerajaan, PLUS

Norlaile Abd Rahman
MGF12122018_KHAZANAH_02
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza.


KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional Bhd. akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) berhubung inisiatif penstrukturan semula kadar tol yang diumumkan hari ini bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan memberi manfaat kepada para pengguna jalan raya.

Khazanah juga perlu memastikan kepentingan dan hak kesemua pemegang taruh termasuk pemegang bon PLUS.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, rumit untuk memenuhi permintaan semua pemegang taruh terutamanya rakyat.

“Kami sedang terdapat kerumitan dalam memenuhi permintaan pemegang-pemegang taruh utama terutamanya rakyat Malaysia.

“Keputusan untuk mengurangkan kadar tol kepada pengguna lebuh raya PLUS dam dalam masa yang sama memberikan penjimatan yang berpatutan kepada kerajaan adalah satu langkah yang besar.

“Kami juga perlu memberi keyakinan kepada pemegang-pemegang saham sedia ada PLUS bahawa standard keselamatan yang tinggi, keselesaan dan perjalanan lancar yang ketika ini dinikmati oleh para pengguna dapat dikekalkan.

“Dengan itu, sekarang kami akan mengadakan perbincangan dengan kesemua pemegang taruh berhubung pelaksanaan inisiatif ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahril Ridza yang mengalu-alukan keputusan kerajaan itu juga turut memaklumkan Khazanah dan PLUS akan mengumumkan butiran lanjut mengenai penstrukturan kadar tol itu selepas rundingan bersama kerajaan dan pemegang taruh utama diadakan.

Kerajaan secara rasmi hari ini mengumumkan tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan selama 20 tahun lagi bagi membolehkan PLUS mengekalkan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat iaitu pada 2058.

Bermula 1 Februari ini, kesemua kenderaan persendirian yang menggunakan lebuh raya PLUS bakal menikmati kadar tol baharu yang diturunkan sebanyak 18 peratus berbanding kadar asal.

Ini adalah susulan keputusan kerajaan mengekalkan pegangan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam PLUS.

Kadar baharu itu melibatkan Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: