
Menurut Karim, memandangkan Mohamad anak muridnya, beliau tidak merasakan calon BN itu mampu menewaskan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.
“Apa jadi ini sekarang murid lawan guru, dalam perkiraan kamu siapa yang menang?
“Mau kalahkan guru…ehh…mudah kiraannya,” katanya kepada MalaysiaGazette di Kg Brunei Laut III, Membakut, di sini, hari ini.
Semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Datuk Mo mengakui bahawa Datuk Seri Anifah Aman merupakan guru beliau dalam dunia politik tanahair.
Dalam pada itu, Karim juga mendedahkan bahawa UMNO merupakan parti politik terakhir beliau sertai dalam hayat.
Bagaimanapun katanya, UMNO yang disertainya pada 1991 jauh berbeza berbanding sekarang menyebabkan beliau menyertai Warisan.
“Saya menganggap UMNO sebagai parti terakhir sebelum saya meninggal dunia.
“Tetapi apa yang berlaku, UMNO hari ini jauh berbeza dengan UMNO yang saya sertai pada 1991,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan