Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, kekalahan calon Warisan, Karim Bujang kepada calon Barisan Nasional, Mohamad Alamin dengan perbezaan 2,029 undi ialah amaran buat Warisan dan rakan sekutunya Pakatan Harapan.
“Warisan yang mempunyai sokongan kuat parti PH seperti DAP, PKR dan PPBM perlu melihat keputusan PRK sebagai kad laporan prestasinya.
“Keputusan di Kimanis perlu dilihat sebagai tanda rakyat menolak dasarnya dan juga Pas Sementara Sabah,” katanya kepada FMT.
Lee berkata, keputusan itu juga menandakan kegagalan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) mendapatkan sokongan Bumiputera bukan Islam yang merangkumi 41% daripada 29,644 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.
Katanya, ia juga petanda kebangkitan semula Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pengaruhnya ke atas kumpulan Orang Asal – KadazanDusunMurut (KDM).
Katanya, Umno kekal sebagai ancaman terbesar kepada parti pemerintah di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan