HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Februari 2020

Dasar, hala tuju KPM selaras agenda Wawasan Kemakmuran Bersama

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai peneraju dalam mendidik dan melahirkan modal insan negara, akan menyesuaikan dasar dan hala tuju selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir  yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata bagi tahun 2020, fokus utama KPM akan tertumpu ke arah ‘Merealisasikan Kemakmuran Bersama Melalui Pendidikan’.

Menurut Dr Mahathir, satu daripada tujuh teras strategik dalam wawasan yang dilancarkan kerajaan itu ialah strategi transformasi modal insan.

“Transformasi ini harus fokus kepada penyediaan hala tuju sumber tenaga yang lebih produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi, termasuk dalam industri ekonomi baharu,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada majlis amanat dan aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan di sini hari ini. —Bernama 

Tiada ulasan: