HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Februari 2020

Duta China: M'sia boleh harapkan kami untuk atasi koronavirus

KOW GAH CHIE



Malaysia boleh mengharapkan China untuk mengatasi wabak koronavirus novel yang melanda wilayah Hubei, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bain Tian memberikan jaminannya.

Ini meskipun virus itu yang merebak di bandar Wuhan menjangkiti 17,205 orang dan mengorbankan 316 nyawa setakat Ahad.

"Pada masa ini, keadaan masih muram dan mendesak, namun langkah dan tindakan menunjukkan petanda yang baik.

"Kami kini mempunyai 328 kes yang disembuhkan, dan peningkatan kes yang disahkan semakin beransur surut," kata Bai Tian semasa menyampaikan ucapannya pada sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong).

"Kami telah selesai membina dua hospital khusus di Wuhan dalam masa 10 hari. Kami mencurahkan setiap sumber yang diperlukan untuk pembangunan vaksin.

"Dengan tindakan yang ketat terhadap pergerakan manusia, penyebaran virus itu secara berkesan dapat di atasi di China dan di seluruh dunia.

"Saya merasa bangga dengan negara saya dan rakyatnya. Anda boleh mengharapkan kami bahawa China mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk menamatkan wabak ini," katanya.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasihnya bahawa Malaysia bersama China dalam berjuang menangani wabak ini.

Bercakap kepada media kemudian, Bai berkata warga China di Malaysia tidak didiskriminasi berbanding sebahagian daripada mereka yang dirawat di negara lain di dunia.

"Tidak. Saya tidak pernah mendengar laporan itu."

Bagaimanapun, China telah mengatur rancangan untuk menghantar rakyatnya, yang datang ke Malaysia untuk sementara waktu, kembali ke negaranya, kata beliau lagi.

Ini termasuk membawa pulang sekumpulan warga China dari Kota Kinabalu, Sabah kembali ke Hubei, katanya.

"Saya sangat prihatin dengan mereka dari Hubei. Minggu lalu, kami menganjurkan penerbangan untuk membawa mereka kembali ke Wuhan dari Kota Kinabalu.

"Sudah tidak ramai pelancong China yang berada di negara ini, mereka akan terus kembali ke China," katanya.

Pada 30 Januari, Menteri Luar, Saifuddin Abdullah menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti melihat usaha Putrajaya menyelesaikan wabak koronavirus novel sebagai isu perkauman.

Beliau berkata wabak itu muncul dari China hanyalah sekadar satu kebetulan semata-mata.

"Apabila kami mahu menyelesaikan masalah koronavirus novel, orang cuba memainkan isu perkauman. (Tetapi) hanyalah sekadar suatu kebetulan koronavirus novel datang dari China," kata Saifuddin.


Tiada ulasan: