HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Februari 2020

Hadkan kelas ajaran agama 2 jam seminggu – Zaid


Kumara Sabapatty


Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

zaid-ibrahim


KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar pengajaran kelas agama di sekolah-sekolah seluruh negara dihadkan kepada dua jam seminggu.

Bekas Menteri Undang-Undang itu berkata, minda orang Melayu yang terlalu bergantung kepada guru agama untuk ilmu pengetahuan didakwa punca pembangunan minda mereka agak perlahan.

Beliau berkata demikian dalam ciapan Twitter peribadinya dalam bahasa Inggeris baru-baru ini.

Menurutnya, sebab utama pembangunan minda Melayu agak perlahan ialah kebergantungan mereka terhadap guru agama untuk ilmu pengetahuan.

Dalam perkembangan sama, Zaid juga menasihatkan para ibu bapa Melayu  menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Melayu seperti mana yang dilakukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk anak Cina.

Malah menyentuh mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu, Zaid yang juga ahli tetap DAP berkata, misi itu sukar dicapai kali ini.

“Kami telah mencuba selama 11 tahun dan gagal melaksanakannya kerana kekurangan guru terbaik,” katanya.

Beliau sebagai memberi penyelesaian bagi isu tersebut menyarankan supaya penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru diperluaskan lagi.

“Inggeris untuk Matematik dan Sains sukar dicapai kerana kami sudah mencuba 11 tahun tetapi gagal sebab kekurangan guru-guru yang berbakat fasih berbahasa Inggeris.

“Solusinya adalah penggunaan Bahasa Inggeris perlu diperluaskan lagi agar lebih ramai guru-guru boleh bertutur dalam bahasa tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: