Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata, pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak berkaitan kekosongan itu diperlukan berdasarkan peruntukan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak.
“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari 2020 yang memutuskan bahawa Dr Ting Tiong Choon telah hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut,” katanya.
Dalam sidang media yang diadakan di Kuching pada hari yang sama keputusan mahkamah itu dibuat, Speaker DUN Sarawak Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, tiada keperluan baginya untuk menulis kepada SPR memaklumkan kekosongan kerusi berkenaan.
Menurutnya pilihan raya kecil tidak akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu memandangkan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak turut menyatakan bahawa ia tidak perlu diisi jika berlaku pada tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh penggal DUN akan berakhir, iaitu pada Jun 2021.
“Keperluan untuk speaker menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tidak timbul dan tanpa pemberitahuan itu, tidak (akan) ada pilihan raya kecil,” kata Mohamad Asfia.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan