
SEREMBAN – Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan
seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah
kereta dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol,
secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, di sini pagi
tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Abdul Salam Saad berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa serta tiga
motosikal itu berada dalam satu laluan yang sama sedang bergerak dari
susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Abdul Salam Saad berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Ford Fiesta dipandu
seorang lelaki berusia 30 tahun yang sedang bergerak terus dari arah
Kajang, Lebuhraya Lekas dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke
jalan susur keluar Tol Pajam dan merempuh sebuah Proton Persona dan tiga
buah motosikal yang berada di laluan berkenaan,” katanya dalam
kenyataan di sini, hari ini.
Katanya tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal itu luka di badan dan tangan manakala pemandu kereta yang melawan arus itu cedera di kepala dan luka di badan.
Beliau berkata mayat lelaki yang meninggal dunia itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat manakala pemandu lelaki yang cedera itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
“Polis masih menunggu laporan ujian alkohol dan air kencing pemandu
kereta yang terlibat dalam kejadian itu sama ada terdapat kandungan
alkohol atau dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah
Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.— BERNAMAKatanya tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal itu luka di badan dan tangan manakala pemandu kereta yang melawan arus itu cedera di kepala dan luka di badan.
Beliau berkata mayat lelaki yang meninggal dunia itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat manakala pemandu lelaki yang cedera itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan