Panas terik di ibu kota tidak menghalang lebih 300 peserta berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara hari ini.
Himpunan tersebut, yang merupakan anjuran NGO Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) bertujuan memohon campur tangan baginda berkaitan dakwaan penghinaan terhadap institusi raja, Melayu dan Islam.
Seawal jam 8 pagi, peserta yang
kebanyakannya mengenakan baju Melayu serta bertanjak seperti pendekar
mula berhimpun dan bersiap sedia di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
Mereka juga kelihatan mengibar bendera yang tertera tulisan seperti "Patuhi Rukun Negara",
"Komunis adalah Pengganas" dan "Menjunjung Titah Tuanku".
“Kita tidak akan berarak tetapi akan menaiki kereta sendiri diiringi pihak polis di sana,” katanya.

Bagaimanapun, hanya tiga wakil dibenarkan masuk, manakala peserta lain menunggu di hadapan pagar istana.
Selepas
kira-kira 40 minit, ketiga-tiga wakil berkenaan keluar dari istana
bersama Setiausaha Sulit Kanan Yang Di Pertuan Agong, Kolonel Nazim Mohd
Alim dan disambut oleh peserta himpunan yang menanti di luar.
Menurut Masrizi, memorandum berkenaan diserahkan kepada Kolonel Nazim untuk disampaikan kepada Agong.
Ditanya sama memorandum yang sama akan diserhakan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Masrizi menjelaskan bahawa pihaknya akan melihat keadaan dahulu.
“Kita tengok dulu nak usulkan memorandum ke Perdana Menteri ke tidak kerana kerajaan pun sekarang dalam keadaan tak tentu, mereka pun ada masalah sesama sendiri, bagaimana nak mengadu,” katanya.
Rancang serah memo kepada Sultan Selangor
Ini kerana menurutnya, isu komunis yang ditimbulkan sebelum ini bermula di Kajang.
Beliau merujuk kepada dakwaan pertemuan membabitkan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Disember tahun lalu di Kajang.
Untuk rekod, sebelum ini, Pembela menangguhkan himpunannya atas nasihat polis disebabkan tarikh yang dikemukakan jatuh pada hari sambutan Wilayah dan Thaipusam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan