MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Isnin, 3 Februari 2020
Mahkamah benarkan Najib, keluarga periksa barang dirampas polis
GERALDIE TONG
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bekas perdana
menteri Najib Razak dan keluarganya untuk memeriksa barangan yang disita
polis, kerana didakwa berkaitan dengan 1MDB.
"Saya berpendapat pemohon perlu diberi peluang untuk memeriksa barang-barang tersebut.
"(Kebimbangan
pihak pendakwa mengenai keselamatan) boleh diatasi dengan mudah dengan
memastikan pemeriksaan dilakukan di premis yang dikawal mereka, dengan
keselamatan yang mencukupi.
"Saya tidak dapat memahami bagaimana pengalihan barang-barang ini boleh mengakibatkan kemerosotan nilainya.
"Oleh
itu saya memerintahkan responden membenarkan pemohon memeriksa secara
fizikal barang-barang tersebut," kata Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Bagaimanapun, Zaini meletakkan beberapa syarat tambahan untuk pemeriksaan dilakukan.
Pertama, beliau berkata pemeriksaan mesti dijalankan di premis yang ditetapkan pihak pendakwaan.
Kedua, hanya pemohon dibenarkan memeriksa barang tersebut dengan pemantauan pegawai pendakwa.
Zaini
kemudian mengubah syarat kedua, dengan menyertakan seorang peguam untuk
kedua-dua pihak, tetapi tidak dibenarkan menyentuh barang tersebut.
Ia selepas peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah membuat cadangan itu yang tidak dibantah pendakwaan.
Ketiga,
pemeriksaan hanya dibuat sekali dan akan dilakukan dalam masa dua
minggu ini, dan yang terakhir, pemohon boleh memfailkan afidavit paling
lewat 2 Mac 2020, selepas melakukan pemeriksaan.
Sebelum ini,
Muhammad Shafee berkata Najib dan keluarganya perlu memeriksa barang
yang dirampas polis untuk mengenal pasti sama ada ia diterima sebagai
hadiah atau dibeli sendiri.
Pendakwaan pula berkata barang
tersebut disimpan di peti rahsia di Bank Negara Malaysia, dan hanya
boleh diakses oleh pegawai tertentu.
Justeru, pendakwaan berkata
pemeriksaan tidak boleh dibuat demi menjamin keselamatan tempat simpanan
itu. Walaupun pemeriksaan dibuat di tempat lain, pemindahan lokasi
mungkin menyusutkan nilai barang yang dirampas, kata mereka lagi.
Najib memfailkan permohonan untuk membuat pemeriksaan pada 18 Julai 2019.
Beliau
memohon untuk mendapatkan gambar berwarna abarang yang dirampas pada 17
Mei 2018, serta penerangan terperinci barang tersebut.
Isteri
Najib, Rosmah Mansor dan anak mereka, Nooryana Najwa turut memfailkan
permohonan untuk kebenaran memeriksa barang-barang itu secara fizikal.
Antara barangan yang dirampas ialah 315 beg tangan, 14 utas jam tangan dan 27 pasang kasut pelbagai jenama.
Selain
itu, turut dirampas ialah wang tunai dalam pelbagai mata wang, termasuk
RM537,000, £2,700, 2,870,000 Sri Lanka rupee, RM187,750 nota lama and
£320,500.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan