KUALALUMPUR – Keadaan politik semasa adalah
berlainan dengan jangkaan rakyat terhadap kerajaan sebelum pilihan raya
dijalankan, kerajaan justeru harus menumpu kepada pemulihan keyakinan
daripada rakyat.
Tun Daim Zainuddin berkata demikian semasa mengulas desas-desus
pembentukan Pakatan Nasional melalui sokongan wakil rakyat Bersatu, UMNO
dan Pas.
Daim berkata, fokus dan tumpuan tidak harus diberikan kepada desas-desus pakatan politik.
“Ia bergantung kepada Pas, UMNO dan parti pemerintah, tetapi rakyat mahu kerajaan yang padu, stabil dan kuat, yakni kerajaan yang dapat memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya kepada Sinchew Daily.
Daim turut menasihatkan kerajaan supaya menyelesaikan masalah dan mengotakan janji, bukan menolak tanggungjawab kepada kerajaan terdahulu.
“Kami harus bergerak ke depan dan terus menggerakkan pembangunan negara,” katanya.
Daim berkata, para menteri harus menunjukkan prestasi, terutamanya kerana ramai orang mengadu tentang menteri yang sombong dan ‘terputus hubungan’ dengan rakyat.

Katanya, rakyat akan melihat perbezaan seseorang
pemimpin yang peramah semasa berada di pihak pembangkang, tetapi sikap
mereka berubah selepas menjadi menteri.
“Rakyat tidak akan percaya kalau menteri kata mereka terlalu sibuk hingga tidak boleh berjumpa.
“Memang betul ada protokol dan menteri juga sangat sibuk, tetapi mereka juga jangan lupa bahawa mereka dilantik pengundi dan perlu berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Tambahnya, gaji menteri dibayar rakyat dan setiausaha
politik, setiausaha akhbar, setiausaha sulit dan pembantu khas menteri
telah dilantik untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan