KUALA LUMPUR – Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke
atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan
meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk
(lockdown) oleh kerajaan China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
“Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sekatan perjalanan
sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di
‘lockdown’,” kata Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Dr Wan Azizah berkata kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan
lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas suhu badan dan makmal
untuk mempercepatkan keputusan sampel.
Beliau berkata, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain dari 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam di negeri dan 12 makmal hospital kerajaan seluruh negara kepada makmal swasta.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jangkitan novel koronavirus di Putrajaya petang tadi, berkata Kementerian Luar juga sedang menyelaraskan 212 kakitangan tertentu dari Kedutaan/Konsulat Jeneral untuk balik ke Malaysia dengan segera.

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), beliau berkata mereka akan dibawa ke tempat pemeriksaan
kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan termasuk pengambilan sampel
klinikal.
“Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari.
“Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain,” katanya.
Beliau berkata, sehingga pukul 8.00 malam ini, 10 orang
(dua keluarga) kakitangan tertentu berkenaan daripada Guangzhou telah
tiba di KLIA dan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani
saringan kesihatan.“Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari.
“Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain,” katanya.
Beliau berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses pengawasan dan pemantauan.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedia membantu 34 warganegara Malaysia di Wuhan yang tidak dapat kembali ke Malaysia bersama 107 yang dibawa pulang pada 4 Feb lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh kerajaan China.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur sendiri berhasrat untuk membatalkannya.
Setakat ini, dilaporkan terdapat 27,636 kes koronavirus di seluruh dunia dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 564 orang.
Di Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif koronavirus.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan