HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Februari 2020

Wartawan mengaku tak bersalah buat kenyataan berkait koronavirus

Majistret membenarkan Wan Noor Hayati Wan Alias diikat jamin 
RM4,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
 
PETALING JAYA: Seorang wartawan mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan membuat kenyataan berhubung wabak koronavirus, yang didakwa dengan niat hendak menimbulkan ketakutan kepada orang awam.

Wan Noor Hayati Wan Alias, 40, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana melakukan kesalahan menerusi akaun Facebook “Ibu Yati” pada 26 Jan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal mewakili pihak pendakwaan, manakala Hayati tidak diwakili peguam.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menetapkan ikat jamin RM4,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata, polis sedang menyiasat pengguna akaun Facebook bernama “Ibu Yati” yang mendakwa 1,000 warga China tiba di Pulau Pinang dan jika darurat hanya akan dilaksanakan selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijangkiti.

Tiada ulasan: