Semua ahli parlimen akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Jumaat ini sempena sidang khas Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Julai nanti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan.
Katanya, perkara itu diwajibkan dan parlimen akan menyediakan kemudahan tersebut.
"Kita sediakan daripada pagi sampai semua sekali (ahli Parlimen) habis buat ujian swab.
"Jika mereka hendak buat di luar, kita akan terima," katanya ketika ditemui selepas menyampaian Bakul Makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di Kelantan hari ini.
Tambahnya langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekali gus mengelak penularan Covid-19.
Sebagai
rekod Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas pada 26 Julai hingga 2
Ogos dengan memberi fokus isu-isu yang berkait dengan pandemik Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan