Tinjauan kaji selidik Sinar Harian mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon teratas sebagai Perdana Menteri Ke-9, ia pasti perkembangan menggembirakan anak muridnya yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tinjauan terbaharu ini berkemungkinan akan memberi lebih keyakinan kepada Zahid untuk meneruskan usaha ke arah membentuk satu jajaran baharu UMNO bersama Presiden PKR itu dan juga DAP yang sebelum ini menjadi spekulasi hangat.
Dalam kajian tersebut, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah 24.54 peratus.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.
Bagaimanapun, nama Zahid tidak tersenarai sebagai pilihan warganet dalam senarai tersebut.
Namun, difahamkan Anwar sudah menawarkan kepada Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya membentuk gabungan jajaran baharu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan