HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Julai 2021

Ketua Pemuda PH positif Covid-19

Muhammad Azizul Osman
MGF16022019_Pentas-Anak-Muda-Harapan_09
Shazni Munir

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Dalam satu hantaran di Twitter, Shazni berkata, dia didapati positif setelah mengalami demam semalam.

“Setelah demam panas dan sakit yang amat sangat di kepala dan seluruh anggota badan, dengan penuh dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada PKD. Mohon doa rakan-rakan agar saya dan keluarga kuat menghadapi ujian sakit ini,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah.

Shazni dilantik ke jawatan Ketua Pemuda PH pada Mac lalu menggantikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meninggalkan gabungan itu tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: