HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Julai 2021

Peguam Negara perlu hadir sidang Parlimen

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

IDRIS HARUN

PETALING JAYA: Kehadiran Peguam Negara, Tan Sri Idrus harun dalam sesi sidang khas Parlimen dapat menjawab persoalan  ordinan yang diwartakan sepanjang dikuatkuasakan.

AZALINA OTHMAN SAID

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat  Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kehadiran tersebut perlu dibuat selaras peranannya sebagai penasihat perundangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet.

Katanya, Idrus perlu diberi hak hadir dalam sesi berkenaan bagi mengurangkan keraguan mengenai kemungkinan berlakunya konflik kepentingan terhadap ordinan yang diwartakan.

“Bagi mengelakkan konflik kepentingan berhubung tindakan peguam negara, mereka perlu diberi hak untuk didengar sendiri di Parlimen bukan melalui pihak ketiga. Peguam Negara bukan saja penasihat perundangan kepada jemaah menteri tetapi juga penasihat kepada Agong yang bersama-sama Dewan Rakyat dan Dewan Negara membentuk Parlimen.

“Pada masa ini, mengikut undang-undang Peguam Negara tidak perlu menjawab secara langsung kepada Parlimen. Maka siapa yang akan mengabsahkan rasional ordinan-ordinan yang diisytiharkan ketika darurat?” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: