HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Julai 2021

SOP tidak boleh berat sebelah antara pemimpin, rakyat

Mohammad Arif Nizam
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 12 JANUARY 2021. violating MCO surau Langkawi Hari Raya Aidilfitri donation
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Layanan berat sebelah mesti dielakkan ketika kerajaan menguatkuasa peraturan dan undang-undang serta standard operasi prosedur (SOP) di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sekiranya kerajaan ingin  mendapatkan sokongan rakyat, kepimpinan melalui teladan mesti diutamakan.

“Peraturan dan prosedur lebih menekan kepada masyarakat dan jika ia dilaksanakan untuk mereka sahaja dan bukan untuk golongan yang berkuasa atau elit, ini menyebabkan peraturan dan undang-undang itu akan mendapat tentangan.

“Memang ketika krisis, anda tidak boleh mempunyai satu set peraturan untuk setengah masyarakat dan untuk sebahagian yang lain,” katanya ketika menyampai ucaptama ketika Persidangan Kepimpinan Asia 2021 secara maya di sini hari ini.

Di Malaysia, beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang telah melanggarkan SOP sejak pelaksanaannya bagi membendung penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kesan pandemik Covid-19 menuntut kepemimpinan yang antara lain berwawasan, tegas, cerdas, berpengalaman, kreatif, berani, berempati dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Tentu bukan itu sahaja kriteria diperlukan tetapi cukup untuk mengatakan jika seorang pemimpin memiliki atau tidak semua sifat itu, dia akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyatnya.

“Ini membolehkan menyelesaikan sebahagian besar masalah berulang yang melanda negara dalam masa yang sukar ini, ”tambahnya.  – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: