KANCAH politik kita teropong lagi. UMNO bersungguh-sungguh ini semestilah untuk rakyat. Kita tidak puji Presiden parti yang menangguhkan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) sehingga 1 Ogos nanti walaupun pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu, telah beri mandat lima bulan lebih awal.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bukan berhati busuk dan beliau beri masa selama lima bulan untuk mereka Ahli Parlimen UMNO yang berkenaan memperbetulkan pengurusan keadaan Covid-19 dan keadaan ekonomi negara.
Rasanya masa yang diberi selama lima bulan sebelum ini, digunakan pula oleh katak yang lompat dan badut kluster menteri untuk menghancurkan UMNO.
Sekarang kita kata, jangan cakap pasal politik. Jangan berpolitik demi rakyat dan negara. Kita sulami sedikit, jangan tunjuk niat jahat atau busuk hati terhadap menteri-menteri PN kepada rakyat sebabnya kita tak mahu timbulkan kebencian di hati rakyat.
Jikalau nawaitu para menteri tidak ikhlas, ingatlah bahawa God pay cash! Dalilnya Allah akan tunjuk. Dalam situasi hari ini, tidak kiralah parti apa sekalipun, jangan biarkan rakyat terjerumus dengan keadaan mengambil nyawa sendiri. Itu tidak bagus dan dahulu tidak berlaku di Malaysia, dalam negara kita.
Tetapi hari ini, entah di mana faktor yang menyebabkan rakyat negara kita meniru budaya Jepun dan Korea yang sinonim dengan budaya rakyat di dua negara berkenaan.
UMNO boleh sahaja meneruskan legasi sebagai parti yang menjadi pejuang nasib rakyat dan tampillah dengan idea dan kaedah yang mampu membantu rakyat.
Anggaplah jika tidak dilantik sebagai jemaah menteri, bukan rezeki tetapi menjaga kebajikan rakyat, itu lebih mulia atau nobel.
UMNO tidak perlu berpeluk tubuh atau berdiam diri. Ada atau tidak ada jawatan, bukan persoalannya sekarang. Jiwa pemimpin, jiwa pejuang yang ada dalam diri para pemimpin UMNO tidak harus mati tanpa jawatan.
Bukalah mata luas-luas atau besar-besar wahai para pemimpin parti, menteri, kerajaan dan pembangkang sekalipun. Rakyat sedang gelisah dan gundah-gelana.
Turun atau naik pemimpin, menteri atau Perdana Menteri kita cubalah ketepikan dahulu. Jangan sampai rakyat dan negara yang kita cintai ini berada dalam keadaan telor di hujung tanduk. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan