HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2021

Impak MoU dengan pembangkang cetus ketenangan politik negara – PM

MALAYSIA POST

Impak MoU dengan pembangkang cetus ketenangan politik negara – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati terhadap impak termeterainya memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pembangkang, setakat ini.

Beliau berkata, impak itu bukan sahaja dapat dilihat dalam sidang Parlimen, tetapi juga telah mencetuskan iklim politik negara yang tenang secara keseluruhannya.

“Saya berpuas hati kalau saya tengok keadaan tenang di Parlimen, secara profesional, tidak ada banyak gangguan, jerit-menjerit seperti dahulu lagi. Keadaan tenang.

“Kita saling menghormati antara satu sama lain. Saya dah beritahu pembangkang, kerajaan perlukan pembangkang sebagai semak dan imbang atau check and balance kepada apa yang dilaksanakan kerajaan. Itu juga perlu.

“Kalau kita lihat bukan sahaja tenang di Parlimen, tetapi juga tenang di luar. Jadi ini, objektif kita tandatangani itu supaya tidak ada lagi terlalu banyak politiking, pertelagahan, akhirnya membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh tenaga kita, untuk negara,” katanya dalam program Eksklusif bersama Perdana Menteri disiarkan Astro Awani, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, iklim politik negara yang tenang ini dapat membantu kerajaan memberi fokus menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas sekali gus menjayakan Rancangan Malaysia ke-12. – Malaysiapost

Tiada ulasan: