HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2021

Krisis Kerajaan Melaka: Bersatu akan keluarkan kenyataan rasmi

MALAYSIA POST

Krisis Kerajaan Melaka: Bersatu akan keluarkan kenyataan rasmi

BERSATU akan membincangkan perkembangan terkini berhubung krisis Kerajaan Melaka susulan empat ADUN kerajaan mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata beliau mengambil maklum mengenai laporan berita berkaitan situasi terkini Kerajaan Negeri Melaka.

“Pimpinan tertinggi BERSATU akan membincangkan perkembangan ini dengan segera dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh parti,” katanya ringkas di Facebook.

Terdahulu, Empat ADUN kerajaan, sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Semua mereka menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional. – Malaysiapost

Tiada ulasan: