HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2021

Zahid saran bubar DUN Melaka

MALAYSIA POST

Zahid saran bubar DUN Melaka

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sewajarnya mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baharu.

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti saya, tetapi tunggulah, saya fikir elok adakan pilihan raya negeri (PRN) baru supaya DUN Melaka dibubarkan.

“Kita beri mandat semula kepada rakyat untku rakyat memilih manakah kerajaan terbaik untuk mentadbir negeri dan juga negara kita insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengumumkan beliau bersama tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kerajaan negeri.

Berucap lanjut, Ahmad Zahid berharap kemelut politik di Melaka tidak akan menular ke Dewan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan ringkas memaklumkan satu sidang media akan diadakan petang ini.

Sidang media itu dijangka akan mengumumkan mengenai pembubaran DUN Melaka.

“Dimaklumkan akan ada sidang media petang ini oleh speaker dan ketua menteri. Kita tunggu keputusan yang betul akan diambil.

“Presiden sentiasa berhubung dengan pengerusi Umno Melaka,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: