HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Oktober 2021

Pengikut fanatik Najib, Ismail Sabri jadi PM pun kerana sokongan PN


UMNO jika tersepit sanggup tikam kawan, sanggup menghulur tangan kepada DAP yang mereka dakwah sana sini mengatakan akan menghancurkan Melayu dan Islam di Malaysia.

Namun, itulah hakikat sebenarnya UMNO yang tidak mahu melepas kuasa walaupun kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Akar umbi UMNO dan rakyat tidak sewajarnya menjadi ‘Melayu mudah lupa’. Sejarah telah membuktikan:

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu bergabung dengan blok pembangkang, malah memberi sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga cikgunya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Apa kesan apabila Anwar menjadi PM? Sudah tentulah DAP juga akan diangkat menjadi kerajaan bersama-sama Zahid dan UMNO.

Surat menyokong Anwar menjadi PM ke sembilan ditandatangani Zahid dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak, tanpa pengetahuan Ahli Parlimen (MP) UMNO dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, dan mereka tidak pula menafikannya. Tidakkah itu mewakili UMNO?

Jika surat itu adalah fitnah maka Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil wajar membuat laporan polis.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, Zahid dan Anwar juga mengakui perbualan telefon yang tular itu adalah benar.

Sejarah juga membuktikan:

Zahid bersedia bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan negeri Perak ketika krisis politik di negeri itu pada Disember 2020 lalu. Krisis itu dicetuskan oleh pemimpin UMNO sendiri yang mahukan kuasa memerintah, sedangkan mereka kalah kepada PH ketika PRU14.

Ketika krisis politik Melaka – juga dicetuskan pemimpin UMNO – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mahu bersekongkol dengan DAP bagi memastikan kerajaan UMNO Melaka tidak tumbang.

Rauf mendapat restu pucuk pimpinan UMNO mengadakan perbincangan dengan DAP Melaka. Namun, parti pembangkang itu sudah lama tahu siapa UMNO, licik seperti belut.

Itu belum lagi masuk bab penyelewengan melibatkan berbilion-bilion wang rakyat oleh pemimpin UMNO ketika mereka berkuasa.

Tiada ulasan: