HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 November 2021

Asyraf, Najib tekan Ismail Sabri lepas BN menang besar PRN Melaka


Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam, menjadi batu loncatan kepada Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ternyata, beberapa jam setelah BN menang di Melaka, Asyraf dan Najib kembali mendesak kerajaan Ismail Sabri supaya meluluskan tuntutan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off.

Mendakwa ianya adalah tuntutan rakyat, Asyraf dalam kenyataannya hari ini menggesa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluluskan pengeluaran itu. Berita berkaitan 

Beliau mendakwa 54 peratus daripada pencarum yang mempunyai simpanan dalam KWSP melebihi RM10,000 memerlukan pengeluaran itu.

“Menteri Kewangan Tengku Zafrul harus akur dengan kehendak dan #TuntutanRakyat.

“54% pencarum yang punya simpanan melebihi RM10k amat memerlukan pengeluaran buat kali terakhir bagi memulakan penghidupan baharu pasca pandemik,” kata Asyraf mengulas desakan sama dibuat Najib.

Terdahulu, Najib menggesa Tengku Zafrul supaya meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000 itu secepat mungkin.

“Tengku Zafrul… Kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulis Najib di Facebooknya.

Sebelum pembentangan Bajet 2022 lalu, Asyraf bersama Pemuda UMNO mendesak kerajaan pimpinan Ismail Sabri supaya meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000 one-off dengan alasan kononnya tuntutan rakyat.

Sebaliknya, tuntutan itu dibuat kerana pergerakan berkenaan mahu menjadi juara pada mata rakyat, sedangkan KWSP telah mendedahkan kedudukan kewangan seramai 3.6 juta ahli KWSP yang kini mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000. Berita berkaitan

Bagaimanapun, kerajaan Ismail Sabri menerusi Kementerian Kewangan tidak melayan tuntutan itu ketika Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu.

Keadaan itu menyebabkan Asyraf dan Pemuda UMNO dikecam kerana dituduh memberi janji dan harapan palsu kepada penyimpan KWSP.

Bagaimanpun, susulan kemenangan BN, khususnya UMNO di PRN Melaka semalam, Asyraf dan Najib sekali lagi membangkitkan isu pengeluran i-Citra itu, dan menggesa kerajaan Ismail Sabri meluluskan segera tuntutan berkenaan.

Tiada ulasan: