HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 November 2021

Dua bekas ADUN UMNO jadi calon PKR dan Amanah PRN Melaka

MGF061021_MESYUARAT-PKR_16
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto SYFAIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mungkin memilih dua daripada bekas wakil rakyat UMNO yang berpaling tadah sebagai calon mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR dan Amanah akan memilih setiap satu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO itu.

Difahamkan, PKR akan mengambil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron manakala Amanah akan mengambil bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Bagaimanapun keputusan muktamad mengenai cadangan itu belum diputuskan lagi.

“Setakat saya faham, PKR pilih satu, Amanah pilih satu, walaupun akan dimuktamadkan lewat malam ini atau esok pagi sebelum umumkan calon.

“Saya mohon maaf ada berbeza pandangan dengan pihak yang selama ini konsisten menyokong kita,” katanya pada sidang media secara maya malam ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau juga dimaklumkan empat ADUN menyokong PH untuk kembalikan mandat gabungan itu.

Beliau berkata, tindakan itu tidak sama dengan orang khianati amanah dalam pilihan raya.

“Pilihan raya memberi mandat pada PH. Mereka berundur daripada parti mereka untuk mengembalikan mandat pada PH. Itu naratifnya.

“Walaupun ada berbeda pendapat ada yang tak setuju. Saya hanya sampaikan alasan, naratif yang dikemukakan dalam mesyuarat PH,” ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan tidak timbul soal mereka lompat parti kerana mereka bukan ADUN lagi.

“DUN sudah bubar. Soal lompat parti dan anti lompat parti tak berbangkit. Mereka bukan lagi ADUN,” kata Anwar.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: