HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 November 2021

PAS Sarawak siap siaga Pilihan Raya Negeri

MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
 

BADAN Perhubungan PAS Negeri Sarawak (PAS Sarawak) mengambil maklum berkenaan perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong menamatkan Proklamasi Darurat Negeri Sarawak lebih awal selaras kuasa Baginda dan peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

PAS Sarawak amat yakin pertimbangan daripada Yang di-Pertuan Agong adalah bagi memastikan pelaksanaan demokrasi di dalam negara ini terus terpelihara dan rakyat diberikan kuasa membuat pilihan untuk memperbaharui mandat untuk pembentukan Kerajaan Negeri penggal ke-12.

Adalah dengan ini dinyatakan bahawa Jentera Pilihan Raya telahpun digerakkan secara sepenuhnya di peringkat Negeri dan juga DUN-DUN bakal ditandingi. Dengan ini juga diisytiharkan bahawa kesiapsiagaan ini adalah untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menyusul dengan menyenarai beberapa DUN untuk ditandingi.

PAS Sarawak berkeyakinan bahawa pertimbangan yang sewajarnya telah diperhalusi oleh kepimpinan PAS di peringkat Pusat dalam mencorakkan politik nasional dan negeri bersama parti rakan bagi memastikan natijah yang terbaik dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan nanti.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

(*) MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO -Setiausaha PAS Negeri Sarawak HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: