PETALING JAYA: Keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka hanya tertakluk kepada keperluan semasa parti semata-mata dan bukan bayangan pendirian parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, penggunaan lambang PN belum tentu akan digunakan pada PRU15 memandangkan perkara itu akan dibincangkan semula PAS mengikut situasi politik dan keperluan parti pada masa itu.
Katanya, penggunaan logo PN bukan satu isu yang perlu diperdebatkan
kerana PAS merupakan sebahagian daripada parti komponen rasmi PN.
“Lagipun Jawatankuasa PAS Pusat bincang keputusan ini (penggunaan lambang pilihan raya) bagi menghadapi PRN Melaka sahaja.
“Bagi PRU15, perkara berkenaan lambang pilihan raya akan dibincangkan semula mengikut keadaan politik dan keperluan parti pada ketika itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan PAS menamatkan teka-teki penggunaan lambang pilihan raya apabila meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka 20 Nov depan.
Kamaruzaman
Mohamad berkata, penggunaan logo PN bukan isu memandangkan PAS
sebahagian daripada parti komponen rasmi PN. (Gambar Facebook)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan