Abd Hadi Che Awang

Muhammad
Sanusi Md Nor menegaskan bahawa Pas tidak berada di dalam dilema dalam
memilih rakan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka. - Gambar
fail/BERNAMA
ALOR SETAR:
Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan
bahawa parti itu tidak berada di dalam dilema atau menghadapi masalah
dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka, 20 November depan.
Menurutnya,
pendirian yang diambil Pas adalah bagi memastikan kerjasama serta
penyatuan Melayu dan Islam dapat dilaksanakan meskipun berhadapan dengan
pelbagai tohmahan termasuk dilabel sebagai 'rakus kuasa'.
Beliau
menyatakan tanggungjawab untuk membentuk kerjasama dan penyatuan adalah
satu kewajipan sebagai orang Islam dan ianya bukanlah perkara yang
'suka-suka' atau dilakukan demi memenuhi kepentingan peribadi.
"(Sebenarnya)
yang (berada di dalam) dilema bukan Pas, yang (dalam) dilema orang
lain. Pas sebenarnya tidak ada masalah apa-apa, siapa yang nak penyatuan
silakan, Pas 'ready' (sedia) sahaja.
"(Yang
bertanyakan Pas pilih Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional),
sebenarnya (Pas pilih) dua-dua, (yang sifatkan Pas rakus kuasa) dia
bukan macam tu (yang kata) rakus kuasa. Ini kewajipan Pas untuk
menyatukan umat Islam, mana boleh beritahu (tindakan Pas) ini kerakusan
pula, itu satu dosa, tuduh Pas selaku rakus.
"(Dalam
situasi ini) saya kata main 100 kolam (pun) tak apa kalau atas nama
penyatuan perpaduan kesatuan politik Islam dan Melayu, 100 kolam pun
kita akan berenang, jangan kata tiga, 100 pun takpa," ujarnya.
Sanusi
berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutup
#MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor
Setar pada Ahad.
Terdahulu, Naib Presiden
UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa parti itu ketika ini
sedang berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan pertembungan sesama
sendiri membabitkan parti-parti yang kini berada didalam blok kerajaan
bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya,
perbincangan lanjut juga sedang dan akan dilaksanakan UMNO berkaitan
jumlah kerusi yang akan ditandingi dan keputusan mengenai perkara itu
akan dibuat dalam masa terdekat.
Manakala
di pihak Perikatan Nasional (PN), Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa gabungan itu sedang dan
akan melakukan perbincangan lanjut mengenai logo yang akan digunakan
bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.
Menurutnya,
tarikh bagi hari penamaan calon "masih lambat", dan maklumat berkaitan
penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh
parti-parti yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan