
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
malam tadi meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam
Pilihan Raya Negeri Melaka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,
ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura
Ulama’ Pas yang bersidang kelmarin (31 Oktober 2021), selaras dengan
peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas
mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Agung Pas Pusat di sini selesai. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan