MGF24112021_MAHDZIR-PERHIMPUNAN-KPLB05
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulan November 2021 serta sambutan Hari Inovasi dan pelancaran Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025 di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pengurusan pandemik Covid-19 terlebih dahulu walaupun ramai mahu Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) diadakan secepat mungkin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, biarpun momentun Barisan Nasional (BN) kini memuncak berikutan kemenagan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini namun gabungan parti politik itu perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu demi kepentingan rakyat.