HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 November 2021

Tidak wajar PRU15 dipercepatkan - Penganalisis

Israr Khalid
Tidak wajar PRU15 dipercepatkan -  Penganalisis
Apa yang dikhuatiri banyak pihak ialah krisis pentadbiran akan berulang lagi sekiranya 'pembiakan katak' tidak dicegah. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Kestabilan pentadbiran di peringkat Pusat perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum memanggil Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya diadakan segera.
 
Menurut penganalisis politik, Prof. Wong Chin Huat, sekiranya enakmen anti lompat parti tidak diluluskan dan dikuatkuasakan dalam politik peringkat Persekutuan, krisis sama seperti di Melaka dikhuatiri akan diulangi dan negara akan terus dibawa ke ambang keruntuhan.
 
“Kalau kita adakannya (PRU15) secepat mungkin, mungkin akan wujud pemusatan kuasa seperti dahulu kemudian ia diulangi dengan keangkuhan dan perpecahan.
 
“Ataupun apa yang berlaku di Melaka tidak diulangi, sebaliknya kita akan mendapat Parlimen tergantung di Persekutuan dan kemelut politik berterusan,” tegas Chin Huat.
 
Beliau berkata demikan dalam wawancara bersama Dzulfitri Yusop dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
 
Maka beliau menegaskan bahawa kenyataan Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru supaya PRU15 diadakan segera selepas gabungan itu menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari adalah tidak wajar.

 Malah ujar Chin Huat, apa yang dijanjikan BN selepas kemenangan itu untuk memperkenalkan undi tidak percaya konstruktif dan penggal minimum di Melaka harus juga diangkat ke peringkat Persekutuan dalam usaha menjamin kerajaan yang lebih stabil

Tiada ulasan: