Pak Lah Halalkan Perzinaan?
Oleh 'Deep Throat' Sabah
Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi merestui Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 sebagai tindakan tidak bermaruah, apatah lagi telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.
Seorang pemimpin kanan UMNO, Datuk M berkata, beliau kesal kerana Pak Lah mersetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.
"Mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan," ujar Datuk M lagi.
Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.
Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.
Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat ini.
"Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan Untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar," ujar Datuk M yang kesal kerana Pak Lah enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.
Kata Datuk M lagi, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.
"Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar," ujar Datuk M yang jengkel dengan sikap Pak Lah yang sanggup menghalalkan perzinaan yang dilakukan Shahidan.
Malaysia Today mendapat maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari ini sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.
"Baginda Tuanku masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan. Kita harap tidak berlaku krisis besar dan meminta Shahidan berundur," ujar Datuk M lagi.
Beberapa rakyat Perlis mengakui mereka telah dipanggil berkumpul di rumah Shahidan pada malam esok buat kali ketiga setelah dua perjumpaan lalu Shahidan masih gagal mendapat perkenaan Raja Perlis.
Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'
Malaysia Today turut terkejut dengan pemilihan seorang lagi Adun BN yang bejat moral iaitu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur sebagai Adun Lahad Datu setelah terpalit Skandal Seks dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.
Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa Rogol bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.
Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.
Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi Banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.
1 ulasan:
Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.
tuan penulis yang mulia,
syukur kerana saya berpeluang utk berjumpa dgn blog anda yg menarik ini. diharap terus berani memaparkan isu yg berniatkan kebaikan utk semua.
namun tulisan anda spt yg tertera di atas, saya ingin menarik perhatian kerana ianya berupa satu fakta yang salah.
memang benar, haji musbah jamli bukanlah seorang yg sempurna. kerana sbg org sekg saya amat kenal siapa beliau sebenarnya. haji musbah mempunyai seorg isteri (jururawat) berketurunan sino-kadazan & mempunyai 3 org anak, yg sulung sedang meningkat remaja. spt org lain beliau juga merupakan seorg suami & bapa yg rapat dgn anak2nya serta ahli keluarga, sdr mara & org2 kg di sekitar tempat tinggalnya. bagi kami di kg taun gusi kb, kg. tempasuk kb dan kg tamu darat kb yg kenal rapat dgn beliau & isteri sekeluarga, tidak pernah timbul kisah2 sumbang spt yg sdr sebarkan ini.
walaupun saya tak berminat menjadi penyokong kpd perjuangan politiknya namun apabila terbaca tuduhan palsu yg bertujuan untuk mengaibkan beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menafikannya. bagi saya tuduhan skandal seks dgn pembantu rumah & adik ipar ini hanyalah rekaan semata2. kalau pernah berlaku dgn perempuan lain di luar sana, itu saya tidak tahu pula.
tetapi tulislah tuduhan yg yang berasas kerana menyebarkan fitnah semata2 mahu menjatuhkan seseorang yg kita benci itu sama hinanya dgn seorg penzina.
drp kota belud, sabah
Catat Ulasan